Ahad, Ogos 24, 2008

Sumpah dan sesumpah....

Salam semua…
Perkembangan politik Malaysia semakin hari semakin panas…..dah main sumpah2 pula…yang sini kata sumpah betul..yang sana kata sumpah tak betul…yang sinun lak kata tiada keperluan untuk melakukan sumpah….
Semua ini adalah berkisar dengan sumpah si sepol di masjid dan di depan imam…dah jadi macam kelakar la pulak....sekarang nie orang ramai dah boleh jadi hakim dah..apa yang perlu, cuma buat acara bersumpah dan panggil media...esoknya keluar berita meletup2 sana sini...dan sana-sini jugak orang beri komen itu dan ini..sampai dah boleh pulak putuskan orang tu bersalah..atau tidak….
Kalo mcm nie la keadaannya..berkemungkinan besar perompak-perompak dan penyamun2 juga akan melakukan sumpah..dah sumpah lepas tu orang ramai putuskan tak bersalah…sebab apa…sebab berani sumpah..diorang bukan takut pun balasan tuhan…kalo takut diorang tk buat kerjaya menyamun tu…
Tapi.kita tk boleh tolak pun..tk boleh salahkan media gak..sebab itu tugas diorang..diorang menerima arahan..jadi diorang pun bertindak mengikut arahan…
lagi satu yang nak sedapnya…..boleh pulak suruh orang lain sumpah jugak..atas alasan nk buktikan saper yg benar....Bagi aku..eloklah dibawa ke mahkamah dahulu..dan dari mahkamah baru la ada arahan suruh bersumpah ker...terus jatuh hukuman ker...
Huh..!! bertepuk org bukan islam tgk gelagat orang islam…mau ada yang sampai gelak guling2..itu la..nak rasa islam sangat..dah jadi mempermainkan nama islam itu sendiri pulak…musuh2 islam cari peluang jer la nak serang….
Insaflah pada yang belum insaf….lepas ni imam dapat job baru la…menjadi saksi orang bersumpah…tutup pesuruhjaya sumpah...hakim pun dah boleh lepak kedai kopi dah...sebab orang ramai boleh jadi hakim...hanya berdasarkan sumpah seseorang....
Apa la nak jadi Negara aku nie….esok lusa..tanah pun takder...nak wat cmner..tanah ada geran pun boleh jadi milik orang..
Ada wang..ada kuasa..negara aku punya…lu orang sapa???

Tiada ulasan: