salam semua...he..he...he....
bertemu kita kali ini di topik agak menarik skit...
bukan untuk menyinggung sesapa..saja nak jadikan topik bual bicara...
menarik kan topik nie...
* topik ini takde kena mengena dgn aku..sila elakkan spekulasi terhadap diri aku*
Mengapa ianya wajar dikatakan penyelamat...adakah wajar dipanggil penyelamat...
Di dalam keadaan dunia sekarang..kita cerita kepada skop yang lebih kecil lagi..di Malaysia nie..nisbah wanita dengan lelaki adalah agak ketara..dimana golongan wanita lebih ramai dari lelaki..maklumlah..dunia dah nak kiamat..mmg ini yang berlaku..korang pun perasankan..masa pun dah semakin pantas....walaupun dari dulu lagi tuhan memang bagi 24 jam sehari...sekarang pun masih 24 jam jugak..cuma dikatakan masa menjadi pantas kerana manusia semakin sibuk..dan teknologi semakin berkembang dan mesin semakin laju..ini kerana manusia sudah bekerja dengan mesin....dan makin kuranglah masa mengingat Allah...pengajaran..sedarlah sebelum terlambat....
Berbalik kita kepada topik ini, bila mana golongan wanita lebih ramai...golongan lelaki pula kurang..dan nisbah tersebut semakin hari semakin besar....dan kita kaitkan dengan dunia akhir zaman..dimana manusia lebih suka kearah kemungkaran...dgn ini sebahagian golongan lelaki lebih terarah ke perkara yang negatif....adakan anda sebagai wanita..sebagai kaum hawa..sudi untuk bersuamikan seorang yang tidak terurus hidupnya...tidak menentu pegangan agamanya....dalam keadaan begini ..akan berlakulah pergolakan dalam rumah tangga yang juga akan meruntuhkan institusi kekeluargaan yang seharusnya semakin kukuh..
Dalam keadaan sekarang orang lelaki yang boleh dikatakan baik dan mampu memimpin serta bertanggungjawab adalah kurang...sekiranya hanya dibenarkan setiap lelaki dipunyai hanya seorang wanita..maka..tidakkah anda sebagai wanita kasihan melihat wanita lain yang baik tetapi dipunyai lelaki yang tidak baik..atau tidak dapat mempunyai suami..kerana jumlah suami yang sedikit tidak dapat menampung jumlah jumlah wanita yang banyak...oleh itu, sekiranya seorang suami yang anda rasa baik..dapat dikongsikan dengan wanita lain yang baiik...adalah lebih baik bukan..
contoh mudah melalui pengiraan:
Jumlah keseluruhan lelaki = 20 orang
Lelaki baik = 10 orang
Lelaki jahat = 10 orang
Jumlah keseluruhan wanita = 40 orang
wanita baik = 20 orang
wanita jahat = 20 orang
Dengan ini, jika dikawenkan lelaki baik dengan perempuan baik satu dengan satu, maka ada 10 orang wanita baik tidak mempunyai suami.
Jadi, untuk menyelamatkan wanita baik ini daripada terputus zuriat, ( apabila kita mati, salah satu yang kita ada nanti adalah doa dari anak yang soleh), dari mati terpaksa menggali kubur sendiri, maka 10 orang suami yang baik tadi kenalah kawen lagi satu dengan 10 wanita baik yang tinggal...
Oleh itu, kesimpulan yang dapat dibuat, suami adalah penyelamat wanita walau apa jua keadaan...
jadi....banggalah dengan suami anda..hormatilah mereka..pujalah mereka...belailah mereka.... manjai mereka......kerana mereka adalah superHero korang semua (kaum wanita).......
*p/s: sesuai untuk lelaki baik yang berkamampuan dari segala segi...
Apakah Lego Itu?
8 tahun yang lalu
2 ulasan:
tuan punya blog...cuba pkir pulak kalo lelaki yang baik kawen ngan pompuan kurang baik....knp lelaki tu e leh bimbing pompuan tue..
kenapa tidak pompuan bimbing lelaki yang kurang baik ....
cite dia sama jer...
abis kalo laki yg baik nak kawen ngan pompuan yg baik dah pompuan baik nak laki uang baik jer...
apa jadi ngan laki n pompuan yang kurang baik tue....
kalo mereka kawen....sama2 kurang baik...bukan ker merobohkan negara nama nya.....
tiada alasan untuk lelaki tue berkawen lebig dari satu....
kecuali lah...isteri dia izinkan...
tapi saya rasa tak ada pompuan yang sudi di madukan.......
sbb yang baik tue...belum tentu 100% baik....lebih baik lah bimbing dlm kelompok yang kecil..takut2 nnt bimbing kelompok yang besar jadi tak baik terus.....
Fikir2 kan la yer Tuan Blog...
*jgn terlintas nak buat...keluarga awak makin besar....anak nak membesar...nnt sibuk nak poligami...takut2 anak tuan blog lak yang terabai....
renung2 kan dan selamat beramal....
uikss....saudari noreen..
saya menyatakan yang baik itu adalah yang 100% baik...
dan yang tak baik itu adalah 100% tak baik la...
jgn emosi sangat saudari noreen..
walaupun tiada wanaita yang rela dimadukan...
tetapi jangan sampai kita sebagai orang islam..
mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram...
rosak akidah....
telah dinyatakan
bahwa..
wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik...
dan wanita yang jahat hanya untuk lelaki yang jahat sahaja...
apa yang saya nyatakan adalah berdasarkan nisbah...nisbah bilangan antara lelaki dan wanita yang mana wanita adalah lebih ramai...
sila saudari tgk semula bahwa saya telah pisahkan setiap kumpulan dalam pengiraan tersebut...
saya buka kata tak bulih yang baik kawen dengan yang jahat..tetapi kerana nisbah itu sendirik...kalau lelaki baik kawen dengan wanita jahat..lagi banyak ler wanita baik yang terabai...
kalau lelaki jahat kawen dengan wanita baik...maka wanita jahat dah tiada pasangannya lah..dan akan terus jahat..
dah fikir dah...
Catat Ulasan