Khamis, April 09, 2009

Bukit Gantang dan Bukit Selambau masih PR punya..

Tahniah kepada jentera2 PR yang telah bersusah payah..menepis itu dan ini dan tahniah kepada pengundi2 disana yang sudah agak terbuka dalam mencari maklumat2 terkini..

Aku lebih kepada pengundian di Bukit Gantang....Ianyanya menterjemahkan kehendak rakyat Perak sebenarnya...bagaimana kekecewaan rakyat Perak masih ada selepas rampasan kuasa tempoh hari....

Alhamdulilah, tahniah buat YB Nizar kerana mengekalkan kemenangan Pas di B.Gantang..dah tahniah juga kerana mampu memperolehi majoriti yang agak baik dari sebelumnya..Takziah juga kepada beliau kerana terpaksa menjalankan 2 kerja iaitu sebagai ahli Parlimen dan juga Wakil rakyat.. tapi aku rasa beliau mampu melakukannya kerana beliau bukanlah calang2 orang....jika dikira dari segi profesional...kerjaya beliau juga menuntut penyelesaian bagi permasalahan2 yang rumit...

Harap pihak yang memerintah dapat membuka mata supaya tidak menggunakan segala kuasa yang ada untuk menutup kehendak majoriti rakyat...

Tiada ulasan: