Maka lahirlah seorang lagi pejuang, pembela islam dan anak yang soleh untuk melihat dunia bagi memperjuangkan agamanya...dan patuh kepada kedua orang tuanya....
Beliau diberi nama Nur Damia Maisara, dilahirkan dengan berat 2.57KG
Alhamdulillah bini aku bersalin normal dan mudah seperti anak pertama.
Dibawah adalah rentetan peristiwa lahirnya seorang pejuang Islam dilahirkan oleh ibunya,
29.1.09
Jam 4am: sakit berselang 1/2 jam
Jam 6am: sakit berselang 10 menet
Jam 7am: sakit hilang pulak daa...(kompem ke nie dak bersalin, kang malu lak dikatakan kemaruk nak beranak)
Jam 9am: Sampai di Pusrawi, perjalanan dari bukit beruntung ke Pusrawi adalah lancar, berkat doa dan tawakal.
Jam 9.10am: Kelihatan ada tanda darah semasa di tandas melepas hajat..
Jam 9.15am: Masuk ke Labroom dengan melenggang kangkung, sebab tak komfeden betul ke nak beranak neh...
Jam 9.40am: Setelah diperiksa, didapati bukaan rahim sudah 3cm.
Jam 10.35am: Jururawat mesaukkan air untuk meransang bukaan rahim,
Jam 10.50am: Rasa nak melepas hajat, masuk tandas, tetapi rasa mcm nk beranak pun ada,
Jam 10.55am: Panggil Jururawat untuk cek balik, didapati sudah bersedia untuk beranak, jururawat buat double confirm dgn jururawat yang lain, disahkan bila2 boleh beranak.
Jam 11.00am: Doktor datang berlari dari tingkat 2 ke tingkat 4, doktor masuk labroom kelihatan termengah2( relak dok, amik angin dulu)
Jam 11.04am: Nur Damia Maisara berjaya dikeluarkan setelah 3-4 kali meneran, relak jer aku tgk bini aku, Alhamdullillah...berkat doa dan sentiasa mendekati Allah.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada jururawat2 dan doktor di Pusrawi yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam membantu melahirkan seorang lagi zuriat aku yang akan membantu umat islam diseluruh dunia nanti..amin,
Dan paling utama terima kasih banyak2 kepada bini aku yang bersusah payah mengandungkan dan melahirkan anak2 aku.....
Dibawah disertakan gambaran detik2 kelahiran...pada saper yang tak de pengalaman tu, ni la prosesnya......




4 ulasan:
tahniah step
wahh dh 2 yer
29.1.09 lerr...
bkn 20.2.09...thn ni xde 29feb...hehehe
pepun..tahniah...dh dpt spsg boy & gurl
gigil x ko tgok darah??
Tahniah utk kau laki bini.
mmg rezeki bini kau banak mudah + cepat. Alhamdullilah..
hai, bila la aku nk gi jenguk baby damia ni.. ;P
tahniah ye...lambat bg komen...sorry...
Catat Ulasan