Salam semua,
apa la nak jadi, den terpaksa jugak ulas sebab den anak negeri Perak..
IC den '08', Lahir kat Sepital Teluk Intan,
Kenapa perlu ini terjadi diketika Perak dalam ketenangan, kenapa perlu mendengki,
hanya kerana wang dan kuasa manusia boleh berubah. Dan dengan wang dan kuasa, manusia boleh buat apa saja...
Kepada orang2 besar, fikir2lah rakyat jelata dibawah..
Hidup hanya sementara, korang semua hanya tunggu masa..
Kesian aku tengok dengan ex.sekolah teknik aku..YB Nizar..semoga beliau tabah dan cemerlang dalam menghadapi dugaan rampasan kuasa ini..
Perkara mudah yang perlu dilakukan, bubar saja DUN, biar rakyat pilih, saper menang di memerintah, kenapa perlu menggunakan kuasa, tengok sekarang ..
Orang boleh kata dan menulis, dalam keadaan ini Raja telah murka kepada Menteri Besar, tetapi kenapa tidak fikirkan beratus ribu rakyat telah terluka dan murka kepada Raja yang memerintah, kerana hanya dengan satu keputusan...
Lihat saja di sini, dulunya amat mulia tetapi ini yang terjadi..Tunku Sultan diserang di Web Baginda...
http://books.dreambook.com/duli/duli.html
harap ada keadilan berlaku,
aku amat tertarik dengan kisah ini..dicatit secara pendek2 jer..kalau korang paham..kira paham saja la...
Bota masuk PKR
Tajul letak jawatan
Najib ambil alih..
Changkat Jering & Behrang hilang..
Changkat jering & Behrang keluar dari persembunyian kata MC..sebab tu tidak dapat dihubungi oleh MB
Changkat Jering & Behrang keluar PKR jadi bebas..sokong BN
Bota keluar PKR mauk balik BN dalam masa beberapa hari..
Jelapang keluar DAP masuk Bebas..sokong BN pulak....
Kerajaan Perak bawak masuk Mahkamah..
BN dengan pantas nya terus umum kerajaan Perak Tukar...
Sultan tolak bubar DUN ..
BN terus lantik MB Perak baru..
padahal MB Perak lama belum lagi letak jawatan..
cantek tak susunan dia...
kalau dah betul, pelan2 la buat kerajaan..kenapa sampai rakyat marah...sebab ada benda yang tak betul la tu...
Kepada yang ada kuasa tu, fikir2 lah..takkan dah busuk..nak terus berulat..baikilah yang busuk itu dulu......
Dengan duit dan kuasa boleh beli segalanya..tapi dengan duit dan kuasa juga akan memakan diri sendiri.......
Maleh nak komen lebih2...semua kita dah bijak pandai..n dah boleh bukak mata...mana mau politik kain batik lagi....
kurang2 politik tanah 2 3 ekar...he...he.....he....
Apakah Lego Itu?
9 tahun yang lalu

3 ulasan:
hhhmmmm.....x tau nak mngeluh smpai bile..penat tgk
sultan perak tolak usul bubarkan dun adalah satu tindakan yang bijak
dalam keadaan ekonomi gawat sebegini
perlu ke kerajaan menghabiskan berjuta ringgit untuk buat pilihanraya semula
dan yb nizar
ambil lah pengajaran
lepas nie jangan angguk geleng sahaja
ape pulak sultan wat tindakan yang bijak...Nama pun Raja Berpelembagaan...La nie, Raja pun tak follow Perlembagaan Tubuh Negeri..apaadaa..kala nak jimat duit, takkan nak langgar protocol kot..
Catat Ulasan